Saturday, March 5, 2011

Menang dengan taktik

Kebanyakan pemain catur baru amat lemah dalam TAKTIK. Kebiasaannya mereka menghabiskan masa yang banyak untuk fasa buka mainan (opening). Sebenarnya, taktik amat mudah dipelajari. caranya ialah dengan membanyakkan latihan membuat PUZZLE daripada buku-buku taktik yang ada di pasaran dan anda pasti akan menjadi MASTER dalam taktik.

90% kemenangan di peringkat permulaan (beginner) dan pertengahan (intermediate) bergantung kepada TAKTIK. Kita akan lihat satu permainan daripada pemain MSSMKL 2009, iaitu Olivia Madhavan. Bagaimana taktik amat mempengaruhi keputusan permainan.


[Event "Pertandingan atur MSSM Bawah 18 Perempuan"]
[Site "Klang, Selangor"]
[Date "2009.03.18"]
[Round "4"]
[White "Olivia Madhavan, KL."]
[Black "Aurora Fay Jimmy, Sabah"]
[Result "1-0"]

1. d4 d5 2. e3 Nf6 3. Bd3 a6 4. f4 Nc6 5. c3

Diagram 1
5.c3. Giliran hitam

Putih baru sahaja menggerakkan bidak ke petak c3 untuk menghalang kuda hitam bergerak ke petak b4, menyerang gajahnya di petak d3.

Dalam peringkat buka mainan (opening) penguasaan petak tengah (centre) amat penting. Putih menguasai petak e5 dan sepatutnya hitam mesti menguasai petak e4 supaya permainan menjadi seimbang.

PUTIH
Buka mainan (opening) yang dipilih oleh putih menyebabkan gajah (bishop di petak c1 terperangkap di dalam kawasan putih sendiri. Bagaimana cara untuk mengaktifkan gajah di petak c1?

(a) Putih perlu menggerakkan bidak e3 dan bidak f4 untuk membebaskan gajah (bishop) c1.
(b) gerakkan bidak b ke petak b3, kemudian Ba3.

HITAM
Sekarang hitam perlu berfikir cara untuk mengaktifkan dua gajahnya (bishop) di petak c8 dan f8. Petak e5 di bawah penguasaan putih. Hitam langsung tidak mempunyai peluang untuk menguasai petak e5. Sebaliknya hitam berpeluang e4 di pihak putih.

Caranya ialah gerakkan gajah c8 kemudian gajah f8. 5. ... g6, 6. ... Bf5, 7 ... Bg7.

5. ... e6?
gerakan ini lemah. Menyebabkan gajah c8 terperangkap dan hitam tidak dapat menguasai petak e4. 6. Nf3 Bd6 7. O-O h6 8. Nbd2 Bd7 9. Ne5

Diagram 2
9. Ne5. Giliran hitam.

Kesan daripada mengabaikan penguasaan medan tengah pertempuran. Buah catur putih lebih bebas bergerak dan menguasai lebih banyak petak.
Satu-satunya masalah buah catur putih ialah gajahnya yang berada di petak c1 tidak aktif.

Apakah perancangan pihak putih dan pihak hitam?

PUTIH:
Putih akan cuba mengaktifkan gajah c1 dengan cara menggerakkan bidak e3 ke petak e4 dan bidak f4 ke petak f5.

HITAM:
Hitam akan mencabar putih di petak tengah. Hitam akan cuba menggerakkan bidak c7 ke petak c5. Jadi 10... Ne7, 11 ... c5.

10. ... g5? 10. Nxd7 Nxd7 11. Nf3 Qe7 12. Ne5 Bxe5 13. fxe5 h5 14. e4 O-O-O 15. Qe2

Diagram 3
Kedudukan selepas gerakan 15.Qe2. Giliran hitam untuk bergerak.

15.Qe2 bukanlah gerakan terbaik. 15.exd5 exd5 16. Rf5 Rdg8 17.Qf3 lebih baik kerana putih membuat taktikal serangan berganda terhadap hitam iaitu serangan ke atas bidak d5 dan bidak f7.

15. .. Ndb8?
Gerakan yang lemah daripada hitam. Apakah gerakan yang lebih baik?
15 ... Ndb8 membawa kuda hitam ke petak b8 untuk menjadi pasif. Sebaliknya jika 15 ... Nb6, kuda hitam lebih aktif.

16. exd5 Rxd5 17. Be4 Rdd8 18. b4!

Diagram 4
Putih telah menggerakkan 15.Qe2. Giliran hitam untuk bergerak.

Apakah analisis posisi untuk pihak putih dan hitam?

PUTIH:
1.Bidak putih lebih kuat dan tersusun.
2.Putih mempunyai 2 gajah.
3.Kedudukan rajanya lebih selamat berbanding hitam.
4.Buah catur putih lebih bebas bergerak.
5.Putih boleh melancarkan serangan ke sebelah pihak menteri hitam, b5.
6.Kedua-dua benteng putih belum aktif.

HITAM:
1. Kedua-dua bentengnya sudah aktif.
2. Kedua-dua kuda hitam pasif dan tidak mempunyai petak yang sesuai.
3. Raja hitam lebih mudah diserang kerana bidak berada di petak a6.

Berdasarkan analisis posisi di atas, putih mempunyai kelebihan yang banyak berbanding hitam. Hitam mengancam menggerakkan bidak ke petak b5. 19.. b5.

18. ... Nxd4? Hitam panik dan membuat kesilapan ini untuk membuat serang balas. 19. cxd4 Rxd4 20. Bb2 Rxb4

Diagram 5
Giliran hitam untuk bergerak.

Peluang untuk putih membuat taktikal? Atau tiada taktikal?

Tiada taktikal untuk putih di sini.

21. Ba3? Kesilapan dari pihak putih. Qc5+? 22. Kh1? (22.Rf2 Rxe4 23.Bxc5 Rxe2)

22. .. Rxe4! 23. Qxe4 Qxa3

Diagram 6
Giliran putih untuk bergerak.

Kesan daripada taktikal hitam gerakan 22, nilai material kedua-dua pihak hampir sama. Apakah rancangan yang sesuai untuk pihak putih?

Rancangan putih mudah sahaja. Ancam membuat syahmat di petak b7 hitam. Tempatkan benteng di lajur b1.


24. Rf3 Qe7 25. Rb1 Nc6 26. Rc3 Qd7 27. Rd3 Qe7 28. Rdb3 Qd7 29.Rxb7 Rd8?

Diagram 7
Giliran putih untuk bergerak. Syahmat 2 langkah. Bagaimana putih melakukannya?

30.Rb8+ Nxb8 31.Qb7 checkmate.
1-0


Tahniah kepada Pasukan MSSM Kuala Lumpur khususnya Olivia Madhavan di atas kemenangan ini.

Monday, February 21, 2011

Pemain catur peringkat permulaan

Akhir-akhir ini saya banyak melatih pemain catur yang baru belajar bermain. Konsep belajar bermain catur yang betul ialah belajar bermain mengikut tahap/peringkat yang bersesuaian dengan kebolehan pemain itu sendiri.

Pemain catur yang baru belajar bermain tidak perlukan seorang Grandmaster untuk mengajarnya menjadi pandai bermain catur. Seorang guru penasihat catur peringkat kelab catur sekolah mampu mengajar murid bermain catur. Selepas murid sudah tahu pergerakan catur, peringkat seterusnya ialah mengecam bentuk-bentuk syahmat dan membuat taktikal mudah.

Perkara yang paling penting ialah belajar mengikut peringkat yang bersesuaian. Salah satu peringkat asas bermain catur ialah kebolehan mengenalpasti posisi syahmat. Artikel kali ini berkaitan dengan syahmat satu langkah dan strategi membuat syahmat satu langkah.

[Event "Pertandingan Catur Zon Bangsar Rendah 2011"]
[Site "SK Seri Indah"]

[Round "5"]

[White "Nur Syauqin"]

[Black "Rebecca"]
[Result "1-0"]
[EventDate "2011.02.08"]


Permulaan pembukaan permainan yang lemah dari kedua-dua belah pihak. Hasilnya putih mempunyai kelebihan material iaitu satu kuda selepas gerakan ke-19.

Gerakan ke 17. Nbc3. Giliran hitam dan Rebecca telah menggerakkan 17... Nxd4 di dalam permainan ini.

18.Ne3 Nxe2 19. Kxe2 ...

Posisi selepas gerakan ke 19 putih, 19.Kxe2

Analisa

Putih

Material:
  1. Mempunyai kelebihan material ( kuda)

Posisi :
  1. Baris f yang terbuka untuk benteng (rook) putih
  2. Petak f5 untuk kuda putih sekaligus mengancam menteri (queen) hitam dan bidak hitam (g7)


Hitam

Material:
  1. Mempunyai kekurangan material ( kuda)

Posisi :
  1. Baris d yang terbuka untuk benteng (rook) hitam
  2. Petak d4 untuk kuda hitam sekaligus mengancam raja putih dan bidak putih (c2)
Sambungan permainan
19... c6 (hitam merancang untuk mengancam Menteri putih di petak h4. 20.Qg5! Bd8

Posisi selepas gerakan hitam 20... Bd8

Pemain yang berpengalaman akan nampak satu peluang taktikal di sini. 21. Qxg7+ Kxg7 22.Nf5+ Kg8 23.Nxd6 menang menteri dan lebih satu bidak lagi. Pengakhiran permainan yang mudah untuk dimenangi.

Pemain putih, peringkat permulaan (beginner) akan nampak peluang membuat syahmat di sini.

21.Nf5 di sini putih merancang membuat syahmat satu langkah di sini atau membuat pertukaran menteri supaya dapat masuk ke fasa pengakhiran yang mudah dimenangi 21... Bxg5 22. Nxd6 Re6 23. Bxg5 Rxd6 24.Rd1 (pertukaran buah catur hanya menguntungkan putih kerana putih mempunyai kelebihan material/kuda)

21. ... Qc5??
(kesilapan hitam) 22. Qxg7++. 1-0


Posisi selepas gerakan putih 22Qxg7 syahmat. 1-0

Kesimpulan daripada permainan ini, untuk menang pemain peringkat permulaan (beginner) perlu tahu bentuk-bentuk syahmat. Pemain perlu membuat strategi menyusun buah caturnya kepada posisi syahmat dan kemudian barulah membuat syahmat.

Dengan kemenangan ini, putih layak bermain ke peringkat negeri pada 5-8 April 2011. Pemain hitam, walaupun tewas, beliau turut sama layak ke peringkat negeri. Kepada semua pemain yang layak, "Selamat berjaya!"

Friday, February 11, 2011

Nik Ahmad Farouqi Menang Pertandingan Tertutup Kelantan

Nik Ahmad Farouqi telah menang Tertutup Kelantan minggu lepas ( 4-5 Februari 2011). Dalam pusingan akhir, beliau telah mendapat mata yang sama dengan Syed Azizi. masing-masing mendapat 6.5 mata selepas pusingan ke-7. Bagaimana pun Nik berjaya menewaskan Syed Azizi 2-0 di dalam play-off.

Di sini saya telah memilih satu permainan daripada juara baru Kelantan 2011 untuk tatapan bersama. (Sumber: File di muat turun bersama keputusan dari swiss manager)

[Event "KEJOHANAN CATUR TERTUTUP KELANTAN 2011"]
[Site "SMK Pahi, Kuala Krai, Kelantan"]
[Round "3"]
[White "Nik Ahmad Farouqi"]
[Black "Mohamad Mat Isa"]
[Result "1-0"]
[EventDate "2011.02.04"]
[EventRounds "7"]

1. e4 c5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5 d6 4. Bxc6+ bxc6 5. O-O Bg4 6. d3 Bxf3 7. Qxf3 e5 8. Na3 Be7 9. Qg3


Bagaimana nak mempertahankan bidak g7?
(a) 9. ... g6?
(b) 9. ... Kf8? Jika 10.f4 dan membuka laluan untuk Benteng putih di f1, dan menyebabkan benteng hitam sendiri pasif di h8.
(c) 9. ... Bf6. Mengekalkan struktur bidak dan mengaktifkan Biskop yang pasif.

9. ... g6? 10. Nc4 Nf6 11. Bh6 Nh5 12. Qh3 Bf6 13. Rae1 Bg7 14. Bxg7 Nxg7


Dalam posisi ini, kedudukan buah catur putih lebih aktif.

(a) Putih: Rajanya sudah berada dalam posisi selamat. Kudanya di petak c4 tidak boleh diserang oleh bidak hitam, kuda ini aktif dan menyerang bidak d6. Kedua-dua Bentengnya (Rook) lebih aktif berbanding hitam. Menteri (Queen) juga dalam posisi menyerang.

(b) Hitam: Rajanya masih di tengah. Kudanya pasif. Kedua-dua Bentengnya (Rook) pasif. Menteri (Queen) tidak dapat bergerak aktif kerana terpaksa mempertahankan bidak d6 yang diserang kuda putih.

Rancangan putih mudah sahaja. Tukar atau korbankan bidak f supaya memberi laluan aktif kepada bentengnya. Kemudian gabungkan kedua-dua Bentengnya. Dan SERANG!

15. f4 Qe7 16. f5 Qf6 17. fxg6 Qxg6 18. Re3 O-O 19. Rg3 Qe6 20. Qxe6 fxe6 21. Nxd6 Rxf1+ 22. Kxf1 Kf8


Putih menang satu bidak tengah hitam. Ini menyebabkan posisi hitam runtuh dengan cepatnya.

23. Nc4 Rb8 24. b3 Nh5 25. Rf3+ Ke7 26. Nxe5 Kd6 27. Nc4+ Ke7 28. g4 Ng7 29. Ne5 Rf8



Putih mengancam Rf7+ dan memenangani kuda hitam di petak g7. Pertukaran benteng hanya menguntungkan pihak putih. Endgame ini sangat mudah untuk dimenangi! Syaratnya anda mesti ada rancangan yang jelas.

Prinsip mudah:

(a) Apabila anda mempunyai kelebihan material, tukar buah catur supaya menjadi lebih sedikit dan mudah. Main endgame yang mudah untuk menang.

(b) Apabila anda mempunyai kekurangan material, JANGAN tukar buah catur. Sebaliknya carilah variasi yang rumit dan banyak taktik.

30. Nxc6+ Ke8 31. Rxf8+ Kxf8 32. Nxa7 e5 33. Nc6 Ne6 34. Nxe5 Ke7

Rancangan putih di sini sangat mudah. Tawan bidak yang tidak dijaga menggunakan kuda. Kemudian raja akan datang membantu bidaknya untuk dipromosikan menjadi Menteri (Queen).

35. Nf3 h6 36. a4 Nc7 37. h4 Na6 38. c3



Hitam menyerah kalah. 1-0

TAHNIAH kepada Nik Ahmad Farouqi kerana menjadi Johan Kelantan 2011.

Monday, January 31, 2011

Menang dengan taktikal

Catur adalah permainan yang penuh dengan strategi dan taktikal. Untuk pemain amatur peringkat pertengahan dan novis (baru belajar), 90% kemenangan bergantung kepada taktik. Jika kita mengikuti permainan di antara 2 Grand Master (GM), kita tidak dapat banyak belajar taktikal.

Tetapi jika kita mengikuti permainan di antara GM dan amatur, kita dapat lihat bagaimana GM menang secara taktikal dengan mudah. Tetapi peluang untuk bermain dengan GM susah untuk kita dapat. Maka jurulatih atau pemain catur yang lebih kuat, dapat menolong untuk kita faham strategi dan taktikal dengan lebih mudah.

Cukuplah dulu bercakap. mari kita lihat permainan persahabatan di antara 2 murid saya, pemain catur peringkat sederhana (peringkat daerah/zon).

Kedua-duanya memohon nama dirahsiakan jika permainan ini dimasukkan dalam blog. Jadi saya letak nama mereka nama samaran.

[Date "2011.01.31"]
[Round "?"]
[White "Isaac"]
[Black "Khalid"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "1488"]
[BlackElo "1549"]

1. d4 d5 2. c4 c6 3. Nf3 Nf6 4. e3 Bg4 5. Nc3 e6 6. Qc2 Bf5 7. Qb3 Qc7 8. cxd5 cxd5 9. Nb5 Qc6?


Soalan 1.
Kesilapan pertama hitam. Apakah gerakan terbaik hitam?
Jawapan: 9. ... Qb6

10. Ne5 ?

Soalan 2.
Apakah gerakan terbaik putih menghukum kesilapan hitam?
Jawapan: 10. Nxa7 Rxa7 11.Bb5


10... Qb6 11. Bd2 a6?


Soalan 3.
Apakah gerakan terbaik putih menghukum kesilapan hitam?
Jawapan: 12. Rc1

12. Qa4? Nc6 13. Nxc6 bxc6 14. Nc3 Bb4 15. Be2 Bxc3 16. Bxc3 O-O 17. O-O Ne4 18. Bf3 Nxc3 19. bxc3 Bd3 20. Rfc1 Rab8 21. g3 Bb5 22. Qc2 Rfc8 23. e4 Bc4 24. Rcb1 Qc7 25. e5 c5 26. Qd2 cxd4 27. cxd4 g6 28. Rc1 Qa7 29. Rc2 Kg7
30. Qg5 Qxd4


Posisi sama dan seimbang. tak ada taktik di sini. Tetapi putih cuba mengubah posisi menterinya (queen) untuk menyerang hitam. Satu tindakan yang tidak tepat. Hasilnya putih hilang satu bidak tengah.

31. Rd1 Qb6 32. Qf6+ Kf8 ( 32... Kg8 lebih selamat dan berpeluang untuk menang!) 33. Qh8+ Ke7 34. Qxh7 Qc7 35. Qh4+ Kf8 36. Qh8+ Ke7 37. Qf6+ Ke8 38. Rdc1


Posisi seimbang di sini. Tetapi 2 gerakan selepas ini hitam tersilap langkah dan tewas. Tewas kerana taktikal.

38 ... Qa5 39. h4 Rc7??


Kesilapan terakhir yang membawa kekalahan.


Soalan 4.
Apakah gerakan terbaik putih menghukum kesilapan hitam?
Jawapan: 40. Qh8+

40. xxx 1-0

Di sini hitam menyerah kalah selepas 40. Qh8+ kerana 40. ... Ke7 41. Qxb8, putih lebih satu benteng (rook) berbanding hitam.

Nota:
Sesiapa yang ingin memberi jawapan, sila beri di dalam komen untuk artikel ini. Sesiapa yang mahu permainan dianalisis sila e-mail kepada saya. Terima kasih kerana membaca.

Friday, January 28, 2011

Pusingan ke-11, Tata Steel. Endgame yang menarik, Kuda lawan Bishop

Malam tadi saya mengikuti secara langsung (http://live.tatasteelchess.com/f3/) Pertandingan Catur Tata Steel. Pusingan ke-11, 28 Januari 2011 (Jumaat). Saya hanya menumpukan perhatian kepada permainan di antara Levon Aronian - Ruslan Ponomariov dan Vladimir Kramnik - Magnus Carlsen sahaja.

Fokus kali tulisan saya kali ini ialah endgame dengan kelebihan material.

Pusingan ke-11, 28 Januari 2011
Putih: Kramnik
Hitam: Carlsen

1.d4 Nf6 2.c4 e6 3.g3 Bb4+ 4.Bd2 Bxd2+ 5.Qxd2 d5 6.Bg2 Nbd7 7.Nf3 c6 8.0-0 b6 9.Rc1 0-0 10.cxd5 cxd5 11.Na3 Bb7 12.Nb5 a6 13.Nd6 Qb8 14.Qb4 a5 15.Qa3 Ba6 16.Ne5 b5 17.Qxa5?! Qxd6 18.Rc6 Qb8 19.Rxa6 Rxa6 20.Qxa6 Nxe5 21.dxe5 Qxe5 22.Qxb5 Rb8 23.Qd3 Rxb2 24.Qe3 Qxe3 25.fxe3 Rxe2 26.a4 Rc2 27.a5 Rc7 28.a6 Ra7 29.Bf1 Kf8 30.Rb1 Ke7 31.Rb7+ Rxb7 32.axb7 Nd7 33.Kf2 Kd6 34.Bb5 Nb8 35.Be8 Ke7 36.Bb5 f6 37.Kf3 Kd6 38.Be8 Kc7 39.Bf7 Kxb7 40.Bxe6 Kc6 41.Bg8 h6 42.Kg4 Nd7 43.Kf5


Putih telah menggerakkan 43. Kf5. Sekarang giliran hitam untuk bergerak.

Ketika posisi ini , jam sudah sekitar pukul 11.30 malam. Saya menganalisa permainan ini bersama dengan cikgu Hafez.

Analisa posisi:
Putih kekurangan satu bidak. Tetapi raja hitam tak dapat memasuki kawasannya. Apakah rancangan hitam? Jika boleh pastinya melalui pihak permaisuri melalui petak b5-b4-b3.

Gerakan seterusnya pastilah kuda hitam ke petak e5, 43... Ne5, Persoalan di sini di manakah raja hitam patut pergi? Perhatikan baik-baik gerakan raja hitam dan cara belliau menang.

Kita ikuti permainan sebenar mereka.. 43.... Ne5 44.h3 Kc5

Posisi catur selepas gerakan 44... Kc5

45.g4
(menurut Carlsen, 45. Ke6 adalah cukup untuk mencari seri) Kd6 46.Bh7 Ke7 47.Bg8 g6+ 48.Kf4 Nf7 49.Bh7 g5+ 50.Kg3 Nd6 51.Bg8 Ne4+ 52.Kg2 Kd6

Posisi catur selepas gerakan 52.. Kd6

Menariknya! Raja Hitam bergerak ke petak e7 (46.. Ke7) terlebih dahulu. Selepas berjaya mempertahankan bidak di pihak raja, dengan meletakkannya di petak gelap barulah beliau menggerakkan rajanya sehingga ke petak g1!!. Oleh itu Bishop putih tidak dapat menyerang bidaknya lagi. Kemudian perhatikan gerakan raja hitam selepas ini (Kd6-c5-b4-b3-c2-d1-d2-e1-f1-g1). Menggunakan raja hitam untuk menyerang bidak putih di petak h3.

53.Kf3 Kc5 54.Bh7 Nc3 55.Bd3 Kb4 56.Ba6 Kb3 57.Bb7 Kc2 58.Ba6 Kd1

Posisi catur selepas gerakan 58... Kd1

59.Bb7?!
Dia (Kramnik) mungkin akan menggerakkan 59.Bc8 untuk mengelakkan zugzwang, tetapi kerana kemungkinan dia berfikir permainanan ini akan seri, Kramnik telah bermain secara tidak tepat sehingga ke akhirnya.- (Carlsen) (diterjemah kata-kata Carlsen ini daripada chessbase.com)59...Kd2 60.Bc6 Ke1 61.Bb7 Kf1 62.Ba8 Kg1 (akhirnya Raja Hitam sampai ke petak g1) 63.Kg3 Ne4+ 64.Kf3


Posisi catur selepas gerakan 64.Kf3

64...Nd2+ 65.Kg3 Nf1+ 66.Kf3 Nd2+ 67.Kg3 Nc4 68.Bxd5 Nxe3 69.Bb7 Nf1+ 70.Kf3 Kh2 71.Kf2 Nd2 72.Bg2 Nc4 73.Bf1 Ne5 74.Ke3 Kg1 75.Be2 Kg2 76.Ke4 Kxh3 77.Kf5 Kh4 78.Bd1 Nc4 79.Ke4 Nd6+ 80.Kd5


Posisi catur selepas gerakan 80.Kd5

80...f5! taktikal akhir yang menyebabkan putih menyerah kalah. Sambungan yang mungkin ialah 81.Kxd6 fxg4 82.Ke5 g3 83.Bf3 Kh3 84.Kf6 g4 85.Bc6 g2 0-1

Dalam permainan ini perhatikan bagaimana hitam mempertahankan bidaknya terlebih dahulu. Selepas bidaknya selamat (dengan cara meletakkannya di petak yang berlainan warna dengan warna bishop lawan), barulah beliau menyerang pihak lawan. Sangat menarik!

Thursday, January 13, 2011

Salam perkenalan - National Instructor

Salam.

Sudah agak lama saya tidak menulis berkaitan latihan catur. Tahun ini tugas saya sebagai Ketua Jurulatih catur MSSWP disambung lagi. Terima kasih kepada Unit Sukan, pengerusi teknik dan semua rakan-rakan yang memberi sokongan dan kepercayaan sejak 2005 hingga sekarang.

Tahun 2011 sudah bermula. Latihan catur juga bermula untuk peringkat sekolah. Bulan Februari akan sibuk dengan pertandingan catur peringkat zon. Tahun ini MSSM akan diadakan di Pulau Pinang pada 26 mei - 7 jun 2011.


TAKWIM CATUR MSSWP 2011




BIL. PERKARA PENGANJUR TARIKH (2011)
1 Mesyuarat Negeri JPWP 21 Januari
2 Mesyuarat Pengurus Pasukan Peringkat Zon JPWP Ditentukan oleh PT zon
3 Mesyuarat Pengurus Pasukan Peringkat Negeri JPWP 31 Mac
4 Pertandingan Catur Peringkat Zon: Keramat JPWP 22-25 Februari
5 Pudu JPWP 8-11 Mac
6 Putrajaya JPWP 8-11 Mac
7 Sentul JPWP 22-25 Mac
8 Bangsar JPWP 16-19 Februari
9 Pertandingan Catur Peringkat Negeri JPWP 5 - 8 April (Rendah)
10
JPWP 12-15 April (Men)
11 Latihan Pusat ke Peringkat MSSM JPWP 26 April - 6 Mei
12 Pertandingan Catur Peringkat MSSM KPM 30 Mei - 5 Jun
13 Pertandingan Catur Kebangsaan Malaysia Chess Fed. 28 Mei - 2 Jun
14 Kuala Lumpur Open KL Chess Association Ogos
15 Kem Bakat Catur Zon : Keramat PPD 4 - 5 Oktober
16 Pudu PPD 6 - 7 Oktober
17 Sentul PPD 11 - 12 Oktober
18 Bangsar PPD 13 -1 4 Oktober

Putrajaya PPD 13 -1 4 Oktober
19 Pertandingan Catur Luar Musim JPWP 18 -20 Oktober
20 Pertandingan Sekolah-sekolah ASEAN (APPSO) Asean Schools
Oktober
19 Malaysia Open Malaysia Chess Fed. September
20 Kejohanan Sekolah-sekolah Asia Asian Chess Fed. Disember