Malam tadi saya mengikuti secara langsung (http://live.tatasteelchess.com/f3/) Pertandingan Catur Tata Steel. Pusingan ke-11, 28 Januari 2011 (Jumaat). Saya hanya menumpukan perhatian kepada permainan di antara Levon Aronian - Ruslan Ponomariov dan Vladimir Kramnik - Magnus Carlsen sahaja.
Fokus kali tulisan saya kali ini ialah endgame dengan kelebihan material.
Pusingan ke-11, 28 Januari 2011
Putih: Kramnik
Hitam: Carlsen
1.d4 Nf6 2.c4 e6 3.g3 Bb4+ 4.Bd2 Bxd2+ 5.Qxd2 d5 6.Bg2 Nbd7 7.Nf3 c6 8.0-0 b6 9.Rc1 0-0 10.cxd5 cxd5 11.Na3 Bb7 12.Nb5 a6 13.Nd6 Qb8 14.Qb4 a5 15.Qa3 Ba6 16.Ne5 b5 17.Qxa5?! Qxd6 18.Rc6 Qb8 19.Rxa6 Rxa6 20.Qxa6 Nxe5 21.dxe5 Qxe5 22.Qxb5 Rb8 23.Qd3 Rxb2 24.Qe3 Qxe3 25.fxe3 Rxe2 26.a4 Rc2 27.a5 Rc7 28.a6 Ra7 29.Bf1 Kf8 30.Rb1 Ke7 31.Rb7+ Rxb7 32.axb7 Nd7 33.Kf2 Kd6 34.Bb5 Nb8 35.Be8 Ke7 36.Bb5 f6 37.Kf3 Kd6 38.Be8 Kc7 39.Bf7 Kxb7 40.Bxe6 Kc6 41.Bg8 h6 42.Kg4 Nd7 43.Kf5
Ketika posisi ini , jam sudah sekitar pukul 11.30 malam. Saya menganalisa permainan ini bersama dengan cikgu Hafez.
Analisa posisi:
Putih kekurangan satu bidak. Tetapi raja hitam tak dapat memasuki kawasannya. Apakah rancangan hitam? Jika boleh pastinya melalui pihak permaisuri melalui petak b5-b4-b3.
Gerakan seterusnya pastilah kuda hitam ke petak e5, 43... Ne5, Persoalan di sini di manakah raja hitam patut pergi? Perhatikan baik-baik gerakan raja hitam dan cara belliau menang.
Kita ikuti permainan sebenar mereka.. 43.... Ne5 44.h3 Kc5
45.g4 (menurut Carlsen, 45. Ke6 adalah cukup untuk mencari seri) Kd6 46.Bh7 Ke7 47.Bg8 g6+ 48.Kf4 Nf7 49.Bh7 g5+ 50.Kg3 Nd6 51.Bg8 Ne4+ 52.Kg2 Kd6
Menariknya! Raja Hitam bergerak ke petak e7 (46.. Ke7) terlebih dahulu. Selepas berjaya mempertahankan bidak di pihak raja, dengan meletakkannya di petak gelap barulah beliau menggerakkan rajanya sehingga ke petak g1!!. Oleh itu Bishop putih tidak dapat menyerang bidaknya lagi. Kemudian perhatikan gerakan raja hitam selepas ini (Kd6-c5-b4-b3-c2-d1-d2-e1-f1-g1). Menggunakan raja hitam untuk menyerang bidak putih di petak h3.
53.Kf3 Kc5 54.Bh7 Nc3 55.Bd3 Kb4 56.Ba6 Kb3 57.Bb7 Kc2 58.Ba6 Kd1
59.Bb7?! Dia (Kramnik) mungkin akan menggerakkan 59.Bc8 untuk mengelakkan zugzwang, tetapi kerana kemungkinan dia berfikir permainanan ini akan seri, Kramnik telah bermain secara tidak tepat sehingga ke akhirnya.- (Carlsen) (diterjemah kata-kata Carlsen ini daripada chessbase.com)59...Kd2 60.Bc6 Ke1 61.Bb7 Kf1 62.Ba8 Kg1 (akhirnya Raja Hitam sampai ke petak g1) 63.Kg3 Ne4+ 64.Kf3
64...Nd2+ 65.Kg3 Nf1+ 66.Kf3 Nd2+ 67.Kg3 Nc4 68.Bxd5 Nxe3 69.Bb7 Nf1+ 70.Kf3 Kh2 71.Kf2 Nd2 72.Bg2 Nc4 73.Bf1 Ne5 74.Ke3 Kg1 75.Be2 Kg2 76.Ke4 Kxh3 77.Kf5 Kh4 78.Bd1 Nc4 79.Ke4 Nd6+ 80.Kd5
80...f5! taktikal akhir yang menyebabkan putih menyerah kalah. Sambungan yang mungkin ialah 81.Kxd6 fxg4 82.Ke5 g3 83.Bf3 Kh3 84.Kf6 g4 85.Bc6 g2 0-1
Dalam permainan ini perhatikan bagaimana hitam mempertahankan bidaknya terlebih dahulu. Selepas bidaknya selamat (dengan cara meletakkannya di petak yang berlainan warna dengan warna bishop lawan), barulah beliau menyerang pihak lawan. Sangat menarik!
2 comments:
Sudin, tolong bagi cadangan untuk improvement,baru jer first time try-->sam
Cantik... aqku cadang hang tambah analisis.
Post a Comment