Friday, February 11, 2011

Nik Ahmad Farouqi Menang Pertandingan Tertutup Kelantan

Nik Ahmad Farouqi telah menang Tertutup Kelantan minggu lepas ( 4-5 Februari 2011). Dalam pusingan akhir, beliau telah mendapat mata yang sama dengan Syed Azizi. masing-masing mendapat 6.5 mata selepas pusingan ke-7. Bagaimana pun Nik berjaya menewaskan Syed Azizi 2-0 di dalam play-off.

Di sini saya telah memilih satu permainan daripada juara baru Kelantan 2011 untuk tatapan bersama. (Sumber: File di muat turun bersama keputusan dari swiss manager)

[Event "KEJOHANAN CATUR TERTUTUP KELANTAN 2011"]
[Site "SMK Pahi, Kuala Krai, Kelantan"]
[Round "3"]
[White "Nik Ahmad Farouqi"]
[Black "Mohamad Mat Isa"]
[Result "1-0"]
[EventDate "2011.02.04"]
[EventRounds "7"]

1. e4 c5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5 d6 4. Bxc6+ bxc6 5. O-O Bg4 6. d3 Bxf3 7. Qxf3 e5 8. Na3 Be7 9. Qg3


Bagaimana nak mempertahankan bidak g7?
(a) 9. ... g6?
(b) 9. ... Kf8? Jika 10.f4 dan membuka laluan untuk Benteng putih di f1, dan menyebabkan benteng hitam sendiri pasif di h8.
(c) 9. ... Bf6. Mengekalkan struktur bidak dan mengaktifkan Biskop yang pasif.

9. ... g6? 10. Nc4 Nf6 11. Bh6 Nh5 12. Qh3 Bf6 13. Rae1 Bg7 14. Bxg7 Nxg7


Dalam posisi ini, kedudukan buah catur putih lebih aktif.

(a) Putih: Rajanya sudah berada dalam posisi selamat. Kudanya di petak c4 tidak boleh diserang oleh bidak hitam, kuda ini aktif dan menyerang bidak d6. Kedua-dua Bentengnya (Rook) lebih aktif berbanding hitam. Menteri (Queen) juga dalam posisi menyerang.

(b) Hitam: Rajanya masih di tengah. Kudanya pasif. Kedua-dua Bentengnya (Rook) pasif. Menteri (Queen) tidak dapat bergerak aktif kerana terpaksa mempertahankan bidak d6 yang diserang kuda putih.

Rancangan putih mudah sahaja. Tukar atau korbankan bidak f supaya memberi laluan aktif kepada bentengnya. Kemudian gabungkan kedua-dua Bentengnya. Dan SERANG!

15. f4 Qe7 16. f5 Qf6 17. fxg6 Qxg6 18. Re3 O-O 19. Rg3 Qe6 20. Qxe6 fxe6 21. Nxd6 Rxf1+ 22. Kxf1 Kf8


Putih menang satu bidak tengah hitam. Ini menyebabkan posisi hitam runtuh dengan cepatnya.

23. Nc4 Rb8 24. b3 Nh5 25. Rf3+ Ke7 26. Nxe5 Kd6 27. Nc4+ Ke7 28. g4 Ng7 29. Ne5 Rf8



Putih mengancam Rf7+ dan memenangani kuda hitam di petak g7. Pertukaran benteng hanya menguntungkan pihak putih. Endgame ini sangat mudah untuk dimenangi! Syaratnya anda mesti ada rancangan yang jelas.

Prinsip mudah:

(a) Apabila anda mempunyai kelebihan material, tukar buah catur supaya menjadi lebih sedikit dan mudah. Main endgame yang mudah untuk menang.

(b) Apabila anda mempunyai kekurangan material, JANGAN tukar buah catur. Sebaliknya carilah variasi yang rumit dan banyak taktik.

30. Nxc6+ Ke8 31. Rxf8+ Kxf8 32. Nxa7 e5 33. Nc6 Ne6 34. Nxe5 Ke7

Rancangan putih di sini sangat mudah. Tawan bidak yang tidak dijaga menggunakan kuda. Kemudian raja akan datang membantu bidaknya untuk dipromosikan menjadi Menteri (Queen).

35. Nf3 h6 36. a4 Nc7 37. h4 Na6 38. c3



Hitam menyerah kalah. 1-0

TAHNIAH kepada Nik Ahmad Farouqi kerana menjadi Johan Kelantan 2011.

No comments: