Monday, February 21, 2011

Pemain catur peringkat permulaan

Akhir-akhir ini saya banyak melatih pemain catur yang baru belajar bermain. Konsep belajar bermain catur yang betul ialah belajar bermain mengikut tahap/peringkat yang bersesuaian dengan kebolehan pemain itu sendiri.

Pemain catur yang baru belajar bermain tidak perlukan seorang Grandmaster untuk mengajarnya menjadi pandai bermain catur. Seorang guru penasihat catur peringkat kelab catur sekolah mampu mengajar murid bermain catur. Selepas murid sudah tahu pergerakan catur, peringkat seterusnya ialah mengecam bentuk-bentuk syahmat dan membuat taktikal mudah.

Perkara yang paling penting ialah belajar mengikut peringkat yang bersesuaian. Salah satu peringkat asas bermain catur ialah kebolehan mengenalpasti posisi syahmat. Artikel kali ini berkaitan dengan syahmat satu langkah dan strategi membuat syahmat satu langkah.

[Event "Pertandingan Catur Zon Bangsar Rendah 2011"]
[Site "SK Seri Indah"]

[Round "5"]

[White "Nur Syauqin"]

[Black "Rebecca"]
[Result "1-0"]
[EventDate "2011.02.08"]


Permulaan pembukaan permainan yang lemah dari kedua-dua belah pihak. Hasilnya putih mempunyai kelebihan material iaitu satu kuda selepas gerakan ke-19.

Gerakan ke 17. Nbc3. Giliran hitam dan Rebecca telah menggerakkan 17... Nxd4 di dalam permainan ini.

18.Ne3 Nxe2 19. Kxe2 ...

Posisi selepas gerakan ke 19 putih, 19.Kxe2

Analisa

Putih

Material:
  1. Mempunyai kelebihan material ( kuda)

Posisi :
  1. Baris f yang terbuka untuk benteng (rook) putih
  2. Petak f5 untuk kuda putih sekaligus mengancam menteri (queen) hitam dan bidak hitam (g7)


Hitam

Material:
  1. Mempunyai kekurangan material ( kuda)

Posisi :
  1. Baris d yang terbuka untuk benteng (rook) hitam
  2. Petak d4 untuk kuda hitam sekaligus mengancam raja putih dan bidak putih (c2)
Sambungan permainan
19... c6 (hitam merancang untuk mengancam Menteri putih di petak h4. 20.Qg5! Bd8

Posisi selepas gerakan hitam 20... Bd8

Pemain yang berpengalaman akan nampak satu peluang taktikal di sini. 21. Qxg7+ Kxg7 22.Nf5+ Kg8 23.Nxd6 menang menteri dan lebih satu bidak lagi. Pengakhiran permainan yang mudah untuk dimenangi.

Pemain putih, peringkat permulaan (beginner) akan nampak peluang membuat syahmat di sini.

21.Nf5 di sini putih merancang membuat syahmat satu langkah di sini atau membuat pertukaran menteri supaya dapat masuk ke fasa pengakhiran yang mudah dimenangi 21... Bxg5 22. Nxd6 Re6 23. Bxg5 Rxd6 24.Rd1 (pertukaran buah catur hanya menguntungkan putih kerana putih mempunyai kelebihan material/kuda)

21. ... Qc5??
(kesilapan hitam) 22. Qxg7++. 1-0


Posisi selepas gerakan putih 22Qxg7 syahmat. 1-0

Kesimpulan daripada permainan ini, untuk menang pemain peringkat permulaan (beginner) perlu tahu bentuk-bentuk syahmat. Pemain perlu membuat strategi menyusun buah caturnya kepada posisi syahmat dan kemudian barulah membuat syahmat.

Dengan kemenangan ini, putih layak bermain ke peringkat negeri pada 5-8 April 2011. Pemain hitam, walaupun tewas, beliau turut sama layak ke peringkat negeri. Kepada semua pemain yang layak, "Selamat berjaya!"

No comments: